Pada 19–20 Mei 2026, program TikTok Shop Partner Penang Roadshow x Coach Anna telah berlangsung di Digital Penang dengan tujuan membantu para penjual dan founder TikTok Shop mempelajari strategi praktikal untuk meningkatkan jualan menerusi platform TikTok Shop. 
Sebagai salah satu rakan pameran dan penyokong acara, pasukan Onsmo turut mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman dalam industri kandungan digital dan live streaming.
Melalui sesi perkongsian yang disampaikan oleh wakil Onsmo, Sya, para peserta diperkenalkan dengan latar belakang Bigbig Studio Equipment sebagai pembekal alatan untuk content creator, live streamer, usahawan digital, dan peniaga TikTok Shop.
Dalam sesi tersebut, Sya turut menerangkan bagaimana penggunaan peralatan yang sesuai mampu meningkatkan kualiti siaran langsung, menghasilkan kandungan yang lebih profesional, dan seterusnya membantu meningkatkan kadar interaksi serta jualan. Antara produk yang mendapat perhatian ramai adalah peranti live streaming Cadothy (Siput), yang direka untuk memudahkan pengurusan live dan memberikan pengalaman siaran yang lebih lancar kepada pengguna. 
Selain sesi perkongsian ilmu, Onsmo juga menyediakan booth demonstrasi dan jualan yang menampilkan pelbagai alatan content creator terkini untuk membantu peserta menghasilkan kandungan yang lebih berkualiti.
Antara tripod yang dipamerkan ialah:
- SF-190 AI
- Mini MagGrip
- SF-185
Kualiti audio memainkan peranan penting dalam memastikan mesej dapat disampaikan dengan jelas kepada penonton. Oleh itu, peserta turut diperkenalkan dengan:
- Freeplay Wireless Microphone
- LavMic LM-1
Kedua-dua peranti ini sesuai digunakan untuk live streaming, rakaman video produk, podcast, dan pelbagai jenis kandungan digital.
Bagi membantu menghasilkan visual yang lebih profesional, beberapa produk pencahayaan turut dipamerkan:
- Lumipocket SE RGB
- Lumitube RT-3 RGB
- Golive 360 Light Kit
Penggunaan pencahayaan yang tepat bukan sahaja menjadikan video lebih menarik, malah mampu meningkatkan keyakinan penonton terhadap produk yang dipromosikan.

Program ini membuktikan bahawa penggunaan alatan yang betul memainkan peranan penting dalam menghasilkan content dan live stream yang lebih profesional dan membantu meningkatkan jualan TikTok Shop. Sebagai “Pakar Live Stream Anda”, Onsmo komited membantu usahawan tempatan berkembang lebih kreatif dalam dunia digital.





