Baru-baru ini, pasukan Onsmo berpeluang membantu Malia Baby, seorang pelakon dan influencer yang semakin dikenali ramai di Malaysia. Selain mempunyai lebih 700,000 pengikut di TikTok, Malia Baby juga pernah membintangi beberapa drama tempatan seperti I Love You Sayang, Nusyuz Berkiblat Cinta dan turut mendapat perhatian menerusi drama Bidaah.
Tujuan utama setup kali ini adalah untuk menaik taraf pencahayaan bagi rakaman content harian beliau. Sebelum ini, Malia menggunakan setup lampu yang lebih asas, namun kini telah beralih kepada siri Onsmo Lighting bagi mendapatkan hasil video yang lebih terang, kemas dan profesional.
Perbezaannya memang ketara — daripada rakaman yang kurang menyerlah kepada visual yang lebih hidup dengan tona kulit yang lebih natural dan pencahayaan yang lebih sekata. Hasil sebelum dan selepas penggunaan lighting Onsmo jelas menunjukkan bagaimana lampu yang sesuai mampu meningkatkan kualiti content dengan ketara.

Selain setup lighting, Boss Jay turut memperkenalkan produk viral Onsmo iaitu Onsmo MagGrip Selfie Stick dan Onsmo SF190AI Tripod kepada Malia Baby. Beliau dilihat sangat teruja dengan fungsi dan kemudahan produk tersebut, terutama untuk kegunaan harian sebagai content creator yang sentiasa aktif menghasilkan video. 

Terima kasih kepada Malia Baby atas sokongan yang diberikan kepada jenama Onsmo. Kami amat menghargai kepercayaan yang diberikan dan berharap peralatan Onsmo dapat terus membantu menghasilkan content yang lebih berkualiti pada masa akan datang.





