Baru-baru ini, Team Onsmo berpeluang menyertai Hari Terbuka TikTok Shop Live Hub x Tekun Nasional Pahang, sebuah acara yang menghimpunkan usahawan, pencipta kandungan serta penjual dalam talian yang ingin meningkatkan kualiti siaran langsung dan kandungan digital mereka.
Bagi menjayakan acara ini, Team Onsmo telah menyediakan dua studio khas yang direka untuk memberikan pengalaman sebenar penggunaan peralatan livestreaming dan podcast profesional. 
Studio pertama merupakan sebuah Green Studio yang dibangunkan menggunakan gabungan Cadothy Amaze Pro bersama sistem pencahayaan Onsmo Lumilite 230DX. Kombinasi ini membolehkan pengunjung melihat sendiri bagaimana pencahayaan yang tepat mampu menghasilkan latar hijau yang lebih kemas, pencahayaan subjek yang sekata serta visual yang lebih profesional untuk kegunaan livestreaming, rakaman video dan penghasilan kandungan digital. Pengunjung juga berpeluang mencuba sendiri setup studio tersebut dan memahami kepentingan penggunaan lampu yang sesuai dalam penghasilan kandungan berkualiti tinggi. 

Selain itu, sebuah Studio Podcast turut dibina dengan inspirasi daripada setup podcast profesional yang sering digunakan oleh pencipta kandungan masa kini. Studio ini menggunakan sistem audio daripada RØDE, termasuk RØDE PodMic dan RØDECaster Pro II, yang terkenal dengan kualiti audio yang jelas dan mudah digunakan. Dari sudut pencahayaan pula, studio ini dilengkapi dengan Onsmo Lumilite 230DX bersama Octa 90 Softbox untuk menghasilkan pencahayaan yang lembut dan menarik. Bagi menambahkan elemen visual yang lebih moden dan premium, Onsmo RT2 RGB digunakan sebagai lampu backlight yang memberikan sentuhan warna serta suasana studio yang lebih menarik di hadapan kamera. 
Salah satu momen yang paling bermakna sepanjang acara ini ialah apabila Bos Jay berpeluang menyertai sesi podcast bersama Nur Azre untuk berkongsi pandangan mengenai kepentingan penggunaan peralatan yang betul dalam dunia livestreaming. Dalam sesi tersebut, pelbagai topik dibincangkan termasuk bagaimana pencahayaan, audio dan kamera memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti siaran langsung, keyakinan hos serta pengalaman penonton ketika membeli-belah secara dalam talian. 
Penyertaan Team Onsmo dalam acara ini bukan sahaja memberi peluang untuk mempamerkan pelbagai solusi livestreaming dan podcast, malah membolehkan lebih ramai usahawan memahami bahawa penggunaan peralatan yang sesuai mampu membantu meningkatkan mutu kandungan serta prestasi jualan mereka di platform digital. 
Terima kasih sekali lagi kepada TikTok Shop atas kepercayaan yang diberikan kepada Team Onsmo sebagai pembekal peralatan livestreaming bagi acara ini. Kami amat menghargai peluang untuk bekerjasama dan berharap dapat terus menyokong lebih ramai usahawan serta pencipta kandungan dalam menghasilkan siaran langsung yang lebih berkualiti dan berimpak tinggi pada masa akan datang.





