Baru-baru ini, team Onsmo telah diberi kepercayaan untuk menjadi pengajar dalam satu sesi latihan khas bersama staff SSTP, yang memberi fokus kepada cara penggunaan peranti live streaming iaitu Cadothy Amaze 5 Pro. 

Sepanjang sesi tersebut, team Onsmo telah berkongsi secara terperinci tentang fungsi asas serta teknik penggunaan Cadothy Amaze 5 Pro dalam setup live streaming. Antara yang diberi penekanan termasuk cara setup peranti dengan betul, konfigurasi input dan output, serta bagaimana untuk mengoptimumkan penggunaan peralatan tersebut bagi memastikan kualiti siaran yang lebih stabil, lancar dan profesional. 
Selain itu, staff SSTP turut didedahkan dengan workflow sebenar penggunaan Cadothy Amaze 5 Pro dalam situasi live, termasuk pengendalian switching, pengurusan scene, serta troubleshooting asas yang boleh dilakukan sekiranya berlaku sebarang isu teknikal ketika sesi siaran berlangsung. Latihan ini bertujuan untuk memastikan setiap pengguna lebih yakin dan mahir dalam mengendalikan peralatan tersebut secara kendiri. 

Sesi ini bukan sahaja memberi pendedahan teknikal, tetapi juga membuka ruang untuk perkongsian pengalaman antara team Onsmo dan staf SSTP dalam meningkatkan kualiti produksi digital dan live streaming ke tahap yang lebih profesional dan efisien. 





