Baru-baru ini, pasukan Onsmo telah dijemput oleh Kelab Kamera Kedah untuk berkongsi dan memberi tunjuk ajar berkaitan smartphone photography, dengan fokus utama kepada penggunaan lighting, setup lighting yang betul, serta basic equipment yang diperlukan untuk menghasilkan gambar yang lebih berkualiti hanya menggunakan telefon pintar. 
Sepanjang sesi tersebut, para peserta didedahkan dengan asas penting dalam pencahayaan seperti cara mengawal cahaya, kedudukan lampu, serta penggunaan natural light dan artificial light bagi mendapatkan hasil gambar yang lebih menarik dan profesional. Selain itu, turut dikongsikan juga beberapa peralatan asas yang sering digunakan dalam smartphone photography seperti tripod, reflector dan LED light yang membantu meningkatkan kualiti visual dalam pelbagai situasi shooting. 

Dalam masa yang sama, pasukan Onsmo juga turut membuka booth jualan yang menampilkan pelbagai produk keluaran Onsmo sendiri, memberi peluang kepada para peserta dan pengunjung untuk melihat serta mendapatkan produk secara terus di lokasi program. 





