Team Onsmo berbesar hati apabila menerima jemputan daripada Rissa Skin untuk menghadiri majlis pelancaran produk baharu serta sambutan Rumah Terbuka Raya yang berlangsung dalam suasana meriah dan penuh kemeriahan. Majlis ini bukan sahaja menjadi platform memperkenalkan produk terbaru keluaran Rissa Skin, malah turut menjadi ruang untuk mengeratkan hubungan silaturahim bersama para jemputan, rakan kolaborasi dan komuniti yang hadir. 
Menambahkan lagi kemeriahan acara, majlis ini turut dihadiri oleh Fattah Amin dan Amira Othman selaku brand ambassador bagi Rissa Skin. Kehadiran mereka berjaya menarik perhatian ramai serta memeriahkan lagi suasana sepanjang event berlangsung. Tidak lupa juga dengan Bella Astillah yang dijemput sebagai penyanyi untuk memeriahkan lagi suasana rumah terbuka ini. Para tetamu berpeluang menyaksikan sendiri sesi bersama kedua-dua selebriti tersebut dalam suasana yang santai dan eksklusif. 

Sepanjang majlis berlangsung, para tetamu berpeluang melihat sendiri pelancaran produk baharu yang diperkenalkan oleh pihak Rissa Skin. Setiap sesi yang diadakan turut disusun dengan sangat teratur dan menarik, sekaligus memberikan pengalaman yang lebih eksklusif kepada semua yang hadir. Lebih menarik, majlis pelancaran ini turut menggunakan setup pencahayaan profesional serta peranti live streaming iaitu Cadothy Amaze 5 Pro + Kamera dari team Onsmo sendiri, bagi memastikan keseluruhan pelancaran produk dapat dirakam dan dipersembahkan dengan kualiti visual yang lebih jelas, stabil dan berkualiti tinggi.

Team Onsmo ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Rissa Skin atas jemputan dan layanan yang sangat baik sepanjang majlis berlangsung. Semoga pelancaran produk baharu ini terus mendapat sambutan yang hebat dan semoga hubungan baik serta kerjasama antara semua pihak dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.





