BigBig Studio telah diberi tanggungjawab besar untuk menyediakan studio siaran langsung (live studio) bagi jenama beg terkenal milik Christy Ng. Jenama beg Christy Ng yang sudah lama dikenali di pasaran, kini ingin memperkenalkan koleksi terbaru mereka secara lebih interaktif melalui siaran langsung. Oleh itu, BigBig Studio telah dipilih untuk mengaturkan sesi siaran langsung ini dengan tujuan untuk mempamerkan produk serta meningkatkan hubungan jenama dengan peminat dan pelanggan.

Team Onsmo tiba di lokasi yang telah dipilih untuk membangunkan studio yang sesuai dan moden dengan membawa pelbagai peralatan profesional, termasuk Hollyland Venusliv, Onsmo GLB Max Wireless Microphone, pencahayaan yang canggih, dan semua kelengkapan yang diperlukan untuk memastikan siaran langsung berjalan lancar dan berkualiti.Team Onsmo mengambil masa beberapa hari bermula dari sebelum tertubuhnya pejabat Christy Ng yang baharu untuk menyiapkan segala persiapan, memastikan setiap sudut studio dirancang dengan teliti bagi memberikan pengalaman yang terbaik kepada peminat dan penonton.


Dengan bantuan team Onsmo, studio yang disediakan bukan sahaja memenuhi keperluan teknikal, tetapi juga mencipta suasana yang sesuai dengan imej jenama Christy Ng. Setiap aspek, dari pencahayaan yang lembut, susunan produk yang menarik, hingga sudut penggambaran yang strategik, dirancang dengan teliti bagi memberikan pengalaman visual yang mengagumkan kepada penonton. Untuk setup kali ini, tema Onsmo perlu datang ke pejabat Christy Ng selama tiga kali dan team Christy Ng mengambil langkah untuk menggunakan peranti yang terbaru iaitu Cadothy Amaze 5pro pada kali terakhir team Onsmo datang. Lighting juga turut disediakan oleh pihak Onsmo dalam merealisasikan gambaran yang cerah dan jelas untuk para pelanggan Christy Ng yang ada di dalam siaran langsung mereka.



Kerjasama antara pihak Onsmo dan pihak Christy Ng ini bukan sahaja menjayakan siaran langsung yang berjaya, tetapi juga meningkatkan lagi populariti jenama beg Christy Ng dalam kalangan pelanggan yang lebih luas. Ia turut membuka peluang baru untuk jenama-jenama lain memanfaatkan teknologi dan siaran langsung untuk memperkenalkan produk mereka dengan lebih efektif di era digital ini. Semoga kerjasama antara dua pihak ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang.

Jika anda memerlukan perkhidmatan setup studio live yang profesional, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami untuk konsultasi yang lebih lanjut.