Pasukan Onsmo yang terdiri daripada pakar teknikal telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan studio langsung bagi butik baju plus size Mis Claire. Dengan pengalaman dan kepakaran mereka dalam penyediaan siaran langsung, pasukan Onsmo bertungkus-lumus untuk memastikan segala aspek teknikal dan kreatif dipenuhi agar butik Mis Claire dapat memberikan pengalaman membeli-belah yang terbaik kepada pelanggan secara maya.

Pasukan Onsmo membuat persediaan awal dengan membawa masuk semua peralatan yang diperlukan, seperti lampu, siput dan peralatan teknikal lain. Mereka menyusun ruang studio dengan kemas dan strategik untuk memaksimumkan pendedahan koleksi pakaian butik Mis Claire.
Salah satu aspek terpenting dalam penyediaan studio langsung adalah pengaturan kamera dan pencahayaan yang betul. Pasukan Onsmo menempatkan kamera di lokasi yang strategik untuk memastikan setiap sudut pakaian dapat dilihat dengan jelas oleh penonton. Selain itu, pencahayaan yang sempurna sangat penting untuk memastikan pakaian dapat dilihat dengan jelas dan warna-warna baju ditampilkan dengan tepat. Pasukan Onsmo menggunakan pencahayaan lembut dan seimbang untuk mencipta suasana yang sesuai dengan imej butik Mis Claire yang elegan dan moden.


Seperti setup sebelum- sebelum ini, pihak Onsmo akan memberi tunjuk ajar kepada client yang mengambil peranti Cadothy atau lebih mesra dan mudah dikenali sebagai 'Siput'. Keadaan ini juga sama apabila pasukan Onsmo setup live studio untuk butik baju Mis Claire. Peranti ini amat memerlukan info yang mendalam dan jelas agar team Mis Claire tidak mengalami sebarang kerumitan dalam mengendalikannya. Bos Jay turut campur tangan dalam sesi memberi info kepada team Mis Claire.


Sebagai penutup, pihak Onsmo ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada team Mis Claire atas kerjasama yang erat dan penuh komitmen ini. Semoga hubungan antara dua pihak ini akan terus berkembang dan memberi manfaat yang besar kepada kedua-dua pihak.
Jika anda memerlukan perkhidmatan setup studio live yang profesional, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami untuk konsultasi yang lebih lanjut.





