Pada 8 Februari 2025, Team Onsmo berpeluang untuk menghadiri sebuah acara yang sangat dinantikan, iaitu "Jom Buat Duit Raya" yang diadakan di ibu kota negara, Kuala Lumpur. Acara yang dianjurkan oleh pihak TikTok Shop ini bertujuan untuk memberi peluang kepada semua pencipta kandungan untuk memanfaatkan platform tersebut dalam meraih pendapatan tambahan menjelang sambutan Hari Raya. 

Team Onsmo tidak mahu melepaskan peluang untuk turut serta dalam acara ini. Mereka bersemangat untuk merasai pengalaman yang tidak semua orang dapat merasai. Setibanya di lokasi, iaitu di sebuah dewan besar yang penuh dengan peserta dari seluruh Malaysia, suasana amat meriah dengan pelbagai siaran langsung yang dijalankan oleh beberapa Affiliate.
Acara ini bukan sahaja memberi manfaat kepada satu pihak malahan dua pihak. Hal ini kerana Team Onsmo dapat mempromosikan barang jenama Onsmo kepada tetamu yang hadir di acara tersebut. Tambahan pula, ada yang merebut peluang ini untuk memiliki SF180 AI Auto Face Tracking Phone Selfie Stick dari jenama Onsmo sendiri. 





