Dalam era digital yang serba canggih ini, industri pelancongan semakin memerlukan inovasi untuk menarik perhatian pelanggan dan memberi mereka pengalaman yang lebih interaktif. NH Holiday Travel & Tours, sebagai salah satu agensi pelancongan yang terkenal, telah mengambil langkah penting dengan mendirikan studio siaran langsung (live studio) bagi memanfaatkan potensi teknologi untuk mendekatkan diri dengan pelanggan. Studio ini bukan sahaja berfungsi untuk menyiarkan pelbagai informasi tentang destinasi pelancongan, tetapi juga sebagai platform untuk berinteraksi secara langsung dengan pelanggan mereka.
Proses untuk menubuhkan live studio di NH Holidays Travel dimulakan dengan perancangan ruang yang moden dan sesuai dengan keperluan siaran langsung. Studio ini dilengkapi dengan peralatan teknologi terkini, seperti peranti profesional, sistem pencahayaan yang optimum, dan audio yang jelas. Semua peralatan ini dipilih dengan teliti oleh Team Onsmo untuk memastikan kualiti siaran yang terbaik. Antara peralatan yang digunakan ialah Cadothy Ibig 5s yang menjadi kepujaan ramai usahawan yang ingin menjalankan live streaming pada masa kini. Hal ini adalah kerana kelebihan yang ada pada peranti tersebut iaitu ianya tidak memerlukan kamera tambahan. Selain itu, green screen dan lighting juga digunakan oleh pihak NH Holidays Travel & Tours.

Dengan adanya live studio ini, NH Holidays Travel juga dapat memperkenalkan pelbagai kandungan yang lebih mendalam tentang destinasi pelancongan yang mereka tawarkan. Selain itu, live studio ini juga memberikan peluang untuk NH Holidays Travel berinteraksi secara langsung dengan audiens melalui platform media sosial. Pelanggan boleh mengajukan soalan atau berkongsi pengalaman mereka semasa mengikuti siaran langsung. Interaksi seperti ini bukan sahaja dapat meningkatkan penglibatan pelanggan, tetapi juga mempereratkan hubungan antara NH Holidays Travel & Tours dan pelanggan mereka. Ini akan meningkatkan kepercayaan pelanggan terhadap syarikat serta memupuk kesetiaan mereka.

Jika anda memerlukan perkhidmatan setup studio live yang profesional, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami untuk konsultasi yang lebih lanjut.





