Festival of Flames dengan slogan " Run with Fire, Run with Heart" yang telah diadakan pada 24 Mei 2024 di Padang Kawad, Universiti Sains Malaysia (USM) merupakan sebuah acara larian dengan menggabungkan konsep acara larian amal dan bunga api. Melalui program ini, Rancangan Khidmat Komuniti (RKK) akan menyalurkan sebahagian dana daripada yuran peserta kepada golongan yang kurang bernasib baik. Program ini telah mensasarkan lebih daripada 1500 peserta dari pelbagai peringkat umur, bangsa dan agama. Bagi menjayakan program larian ini, pihak Onsmo memberikan penajaan beberapa produk berjenama Onsmo. Penajaan produk tersebut termasuklah sewaan Onsmo 360 Spin Photobooth lengkap bersama dekorasi lampu, Lucky Draw SF185 Selfie Stick Tripod dan set studio lengkap Tiktok Content Creator.


Onsmo 360 Spin Photobooth
Untuk menggalakkan lebih banyak penyertaan daripada pelajar dan komuniti, pihak Onsmo berbesar hati untuk membuat sewaan 360 Spin Photobooth untuk kegunaan para peserta larian. 360 Spin Photobooth merupakan salah satu tarikan yang semakin popular dan kebiasaannya digunakan di pelbagai majlis seperti perkahwinan, korporat, sambutan ulang tahun dan sebagainya.


Lucky Draw SF185 Selfie Stick Tripod dan set studio lengkap Tiktok Content Creator
Acara penutup dimeriahkan lagi dengan sesi cabutan bertuah kepada para perserta larian yang terlibat. Pihak Onsmo menyediakan Onsmo SF-185 Selfie Stick Tripod dimana ianya dapat digunakan dalam pelbagai peringkat umur bukan sahaja golongan remaja namun golongan yang lebih berusia juga. Selain itu, Onsmo juga menyediakan cabutan bertuah set studio lengkap untuk para content creator.









