Onsmo telah menyertai pameran Karnival Digital and Literasi Maklumat yang dianjurkan oleh PPD Timur Laut. Pameran karnival ini berlangsung selama dua hari iaitu pada 26 dan 27 Jun 2024. Pameran ini diadakan di Penang Digital Library. Lebih daripada 20 peserta telah menyertai event tersebut. Sekolah-sekolah di daerah Timur Laut juga telah menghadiri Karnival tersebut.

Hari Pertama
Onsmo mempamerkan alatan-alatan TVPSS secara langsung di tapak booth. TVPSS merupakan satu platform bagi murid untuk menonjolkan diri dan mencungkil bakat murid dalam aspek kewartawanan, media dan pengacaraan. Penggunaan TVPSS ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan keyakinan diri dan kreativiti para pelajar. Ramai peserta datang untuk mencuba program TVPSS tersebut dan mereka menikmati diri sendiri dalam program tersebut.


Hari Kedua
Boss Jay telah membuat pembentangan berkenaan TVPSS kepada lebih 100 peserta dan guru-guru sekolah. Pembentangan tersebut adalah untuk memberi sedikit pendedahan kepada peserta dan guru-guru sekolah untuk lebih mengetahui elemen-elemen penting dalam sesebuah program pengacaraan. Onsmo merupakan salah satu pembekal yang membekalkan alatan-alatan untuk pihak sekolah melaksanakan program TVPSS. Dalam sesebuah program pengacaraan, elemen yang penting adalah dari segi pencahayaan dan rakaman suara yang jelas. Onsmo telah menyediakan satu pakej yang sesuai bagi pihak sekolah dengan mengedarkan satu flyers dimana dalam flyers tersebut menunjukkan alatan-alatan yang diperlukan oleh pihak sekolah.

Sesi Q&A Bersama Peserta
Berdasarkan gambar dibawah, Boss Jay telah memberikan hadiah kepada peserta karnical yang telah menjawab soalan diberi olehnya. Boss Jay telah memberikan produk viral selfie stick kepada para peserta tersebut.







