Beberapa hari sebelum Karnival TEKUN Madani Peringkat Pulau Pinang diadakan, pihak Onsmo telah menerima kunjungan daripada wakil TEKUN dan Pengarah Kerjasama Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz. Onsmo merupakan salah satu syarikat usahawan yang terpilih untuk menyertai Karnival TEKUN Madani Peringkat Pulau Pinang. Pertemuan ini adalah untuk membincangkan proses dan aturcara yang akan berlansung pada hari kejadian karnival tersebut. Untuk pengetahuan semua, kerjasama Tiktok Shop Malaysia dan TEKUN Nasional telah membuahkan hasil dan kejayaan yang memberangsangkan dimana pihak Tiktok Shop Malaysia berjaya menarik lebih 40,000 usahawan dan peminat e-dagang serta 160,000 penonton dalam talian.







