Onsmo, sebuah syarikat yang menjual peralatan lampu studio dan aksesori kameras ikon malaysia, telah terpilih oleh seorang penyanyi yang terkenal bernama Zarol Zariff untuk setup studio live dan recording mereka. Selain daripada penyanyi, Zarol Zariff juga merupakan seorang bintang Youtube dan usahawan kosmetik Malaysia. Beliau juga menyertai Youtube sebagai pencipta kandungan saluran Cikidot Channel bersama dua orang sepupunya dan mendapat sambutan hangat sehingga berjaya meraih lebih sejuta pelanggan. Beliau juga menyanyi beberapa lagu dan lagu hitsnya ialah Bidadari Kehilangan dan Kan Kan. Pihak Onsmo berasa sangat bangga kerana terpilih oleh Zarol untuk setup studio Live mereka.Team Zarol berhasrat untuk menjadikan satu bilik mereka sebagai studio Live mereka dan menghubungi team Onsmo untuk memberi pandangan untuk menyiapkan bilik studio mereka.

Bantuan Setup Bilik Live
Team Onsmo telah membawa barang seperti soundproof foam,Sony ZV E-10 Camera, PARA 90, Lumipanel 800 dan lain-lain lagi untuk mereka. Team Onsmo memberi bantuan untuk menampal foam board pada dinding bilik Zarol agar suara tidak akan bergema semasa team Zarol sedang melakukan Live dan recording. Setelah proses menampal soundproof selesai, team Onsmo juga menyiapkan pemasangan lampu Onsmo dan Kamera. Team Onsmo telah membantu mereka dengan menyarankan kecerahan atau warna lampu yang sesuai dan diperlukan bagi live mereka. Selepas itu, team Onsmo pula mengajar cara menggunakan lampu Lumipanel 800 tersebut agar team Zarol boleh menggunakannya dengan baik kerana Lumipanel 800 mampu memberikan kesan mood berbeza yang dapat digunakan dalam pelbagai keadaan berbeza mengikut keperluan beliau ketika live dan juga recording.Selepas memasang lampu, team Onsmo pun membantu untuk memasang mic team Zarol.




Hasil yang Profesional
Kerjasama antara Team Zarol dan Team Onsmo telah mendapatkan kualiti grafik dan audio dan Live yang sangat jelas selepas kita menguji keseluruhan setup tersebut. Selain itu, keselesaan Zarol semasa membuat Live serta recording juga tercapai dan hal-hal ini menjadikan Team Zarol sangat berpuas hati dengan hasilnya. Team Zarol juga berpuas hati kerana onsmo berjaya memberikan kualiti yang tinggi walaupun harganya lebih murah berbanding dengan brand-brand lain yang lebih mahal . Team Onsmo juga berpuas hati dapat memberikan bantuan yang profesional kepada team Zarol.

Jika anda memerlukan setup studio live yang professional dan berpatutan, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami kerana kami akan memberi bantuan sempurna kepada anda.





