Onsmo dengan berbesar hati mengalu-alukan kedatangan Jing Jing dan team iaitu content creator yang terkenal, untuk penggambaran video muzik yang bertajuk "How to Sing APT in Hokkien." Video ini bukan sahaja menarik perhatian peminat muzik, tetapi juga memberi peluang kepada penonton untuk mempelajari seni menyanyi dalam bahasa Hokkien dengan cara yang santai dan menghiburkan.

Studio Setup
Melalui projek ini, Onsmo menunjukkan dedikasinya untuk menyokong industri kreatif dan memberi platform kepada bakat baru. Sebagai penaja utama, Onsmo menyediakan pelbagai peralatan studio untuk memastikan penggambaran berjalan lancar. Antara alatan yang disediakan adalah:
Lumilite Series: Lampu ini memberikan pencahayaan yang sempurna, menjadikan setiap sudut studio terang dan jelas. Ia membantu mencipta suasana yang sesuai untuk penggambaran video muzik yang memerlukan kualiti visual yang tinggi.
Softbox Para 90: Dengan penggunaan softbox ini, cahaya yang dihasilkan lebih lembut dan merata. Ini sangat penting untuk mencipta kesan visual yang menarik, menambah keindahan setiap detik dalam video.
Softbox Lantern: Dengan tambahan softbox lantern, set studio mendapat sentuhan artistik yang unik. Ia tidak hanya memberikan pencahayaan tambahan tetapi juga meningkatkan elemen kreatif dalam penggambaran.
Backdrop Paper: Dengan pilihan warna dan corak, backdrop paper yang disediakan menambah dimensi visual kepada video muzik. Ia memberikan latar belakang yang sempurna untuk menonjolkan penampilan Jing Jing.



Dengan bantuan peralatan studio daripada Onsmo, penggambaran video muzik ini dijangka akan menjadi salah satu karya terbaik yang pernah dihasilkan. Video berikut merupakan hasil akhir. Semoga semua yang menyaksikan video ini dapat mengambil perluang untuk mempelajari bukan sahaja cara menyanyi, tetapi juga untuk menghargai dan memahami bahasa Hokkien. Terima kasih kepada Jing Jing dan pasukannya serta kepada semua yang terlibat dalam menjayakan projek ini.





