Dalam era dominasi media sosial, siaran langsung atau live streaming telah menjadi cara yang sangat berkesan bagi selebriti untuk berhubung dengan peminat mereka secara langsung. Bagi kempen Celebrity Spotlight TikTok, Neelofa, salah seorang selebriti paling ikonik di Malaysia, telah bekerjasama dengan Team Onsmo untuk menyediakan pengalaman siaran langsung yang berkualiti dan profesional. Disini, kami ingin berkongsi persediaan teknikal di sebalik studio ini dan bagaimana penggunaan peralatan yang tepat dapat menjadikan sesi siaran langsung ini kelihatan profesional dan berkualiti. Pencahayaan memainkan peranan penting lebih-lebih lagi apabila ingin mempamerkan personaliti selebriti dan memastikan kandungan dilihat dengan jelas dan menarik. Team Onsmo telah menggunakan peralatan pencahayaan yang berkualiti untuk mencipta suasana sinematik yang sesuai untuk sesi siaran langsung Neelofa.


Lumilite 400W Bicolor
Bagi mencipta persekitaran pencahayaan yang konsisten, Team Onsmo menggunakan dua Lumilite 400W Bicolor. Lampu ini terkenal dengan fleksibiliti yang tinggi, menawarkan pelarasan suhu warna dari 5600K hingga 3200K. Dengan fleksibiliti ini, pteam Onsmo dapat menyesuaikan pencahayaan dengan sempurna untuk mencipta suasana yang melengkapkan penampilan Neelofa dan meningkatkan lagi kualiti keseluruhan siaran.
Softbox
Untuk kesan pencahayaan yang lebih lembut dan halus, Team Onsmo menggunakan dua softbox iaitu Para 90 dan Para 70. Softbox adalah alat penting untuk mengurangkan bayang-bayang yang keras dan mencipta pencahayaan yang sekata.
Backlight Lumilite 40DX
Satu lagi elemen penting dalam mencipta siaran langsung yang profesional adalah penggunaan pencahayaan belakang atau backlight. Team Onsmo menambah Lumilite 40DX dan dilaraskan kepada warna warm sebagai pencahayaan belakang. Ini membantu mencipta pemisahan antara subjek dan latar belakang. Ia juga dapat memberikan kontras yang cantik dengan pencahayaan keseluruhan studio, meningkatkan daya tarikan visual siaran.
Kamera
Selain pencahayaan, peralatan kamera juga sangat penting untuk memastikan siaran langsung kelihatan tajam dan profesional. Untuk kempen ini, Team Onsmo memilih dua kamera Sony ZV-E10, pilihan tepat bagi mereka yang mahukan kualiti video tinggi dan keupayaan siaran langsung. Kedua-dua kamera ini diposisikan untuk memberikan penonton sudut pandangan yang berbeza, memastikan kandungan siaran langsung yang dinamik dan menarik. Ciri-ciri autofokus dalam ZV-E10 memastikan bahawa walaupun Neelofa bergerak aktif atau berinteraksi dengan kamera, imej yang diambil tetap jelas dan fokus.
Yololiv Ultra
Team Onsmo juga menggunakan peranti Yololiv Ultra. Peranti ini membolehkan mereka mengawal siaran langsung dengan lebih lancar, termasuk penukaran antara kedua-dua kamera Sony ZV-E10. Yololiv Ultra menyokong pelbagai sumber input, membolehkan pasukan mengendalikan aliran langsung, menambah grafik, dan beralih antara sudut kamera dengan mudah tanpa gangguan.
Lumipanel 800RGB
Sentuhan terakhir pada persediaan siaran langsung ini adalah penggunaan Lumipanel 800RGB, panel RGB serba boleh yang dapat menukar warna untuk menambah mood dan suasana pada latar belakang. Lampu ini diletakkan di latar belakang untuk memberikan kesan warna yang menarik dan mempertingkatkan daya tarikan visual. Sama ada untuk menyesuaikan warna jenama atau mencipta suasana yang lebih ceria. Lampu RGB ini bukan sahaja berfungsi sebagai elemen hiasan, tetapi juga membantu menyeimbangkan keseluruhan pencahayaan studio, menjadikan latar belakang kelihatan menarik tanpa mengalihkan perhatian daripada Neelofa.









