Baru-baru ini, Team Onsmo berkesempatan untuk menghadiri sesi meet and greet bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow. Sedikit latar belakang beliau, sejak Mei 2018, beliau telah berkhidmat sebagai ketua menteri yang bukan sahaja berpengalaman dalam politik, tetapi juga seorang peguam dan wartawan. Pertemuan ini menjadi platform untuk kami berkongsi pandangan serta inovasi yang dapat menyokong pembangunan masyarakat.
SF Viral Tripod
Dalam sesi tersebut, Team Onsmo telah membuat perbentangan mengenai penggunaan SF Viral Tripod kepada jabatan Ketua Menteri. Alat ini direka khusus untuk memudahkan pembuatan konten berkualiti tinggi menggunakan telefon pintar atau kamera. Dengan tripod ini, jabatan dapat menghasilkan video dan gambar yang lebih stabil dan profesional, sekaligus meningkatkan interaksi dengan masyarakat melalui media sosial.
Kami juga gembira mendengar bahawa pejabat kerajaan negeri (SUK) telah menggunakan alat Onsmo dalam operasi harian mereka. Ini menunjukkan komitmen kerajaan negeri dalam mengadaptasi teknologi moden untuk meningkatkan efisiensi dan penyampaian maklumat kepada rakyat. Penggunaan alat ini membuktikan bahawa kerajaan sentiasa terbuka kepada inovasi yang dapat memudahkan kerja dan memperbaiki komunikasi dengan masyarakat. Pertemuan dengan Ketua Menteri dan perbentangan oleh Team Onsmo adalah langkah penting dalam membina kerjasama antara sektor swasta dan kerajaan. Kami berasa berbesar hati dapat menyumbang kepada inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat. Dengan semangat kerjasama ini, kami percaya bahawa teknologi dapat membawa perubahan positif bagi Pulau Pinang dan meningkatkan kualiti hidup rakyatnya.





