Baru-baru ini pihak TikTok Shop telah mengadakan satu sesi latihan yang amat bermanfaat di Onsmo bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pihak Tekun tentang cara-cara untuk memanfaatkan platform TikTok sebagai saluran perniagaan yang menguntungkan. Program ini dihadiri oleh Kong Preneur atau lebih mesra dikenali sebagai e-Commerce Sifu untuk memberi pengetahuan atau tips tentang cara untuk memperluaskan pasaran dan meningkatkan jualan mereka melalui media sosial, khususnya di platform TikTok.

Latihan tersebut memberi fokus kepada strategi pemasaran yang boleh digunakan di TikTok, termasuk teknik menghasilkan kandungan video yang menarik dan relevan dengan audiens, serta cara menggunakan alat analitik TikTok untuk memantau prestasi perniagaan. Pihak TikTok Shop juga menekankan pentingnya untuk memahami trend semasa dan berinteraksi dengan pengikut untuk membina hubungan yang lebih rapat dengan pelanggan.

Selain itu, pihak Tekun turut mengambil peluang ini untuk mencuba menggunakan peralatan-peralatan yang ada di BigBig Studio. Team Onsmo juga menjelaskan tentang cara bagaimana untuk mengaplikasikan peranti dan peralatan tersebut terutamanya untuk peranti yang lebih rumit seperti Cadothy kerana ianya memerlukan pengetahuan yang lebih dalam. Antara peralatan dan perantinya adalah Cadothy Ibig 5s, Onsmo GLB Max Wireless Microphone dan Onsmo Porta X-85 Pro.








