Baru-baru ini, Team ONSMO telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan setup bagi sesi siaran langsung (live streaming) bersama usahawan dan jurusolek terkenal, Dato’ Alha Alfa. Projek ini dijalankan di studio khas yang telah dihias indah dengan latar belakang yang menarik serta peralatan siaran langsung berteknologi tinggi. Dalam sesi ini, Team ONSMO bertanggungjawab sepenuhnya untuk memberi penerangan terhadap peranti CADOTHY AMAZE 5PRO yang diminta oleh Dato' Alha Alfa sendiri. Objektif utama adalah untuk memastikan setiap produk kosmetik yang dipromosikan kelihatan jelas, menarik dan profesional di kaca skrin.


Sesi ini turut melibatkan perbincangan teknikal serta demonstrasi penggunaan produk oleh team ONSMO bersama kru produksi Dato’ Alha Alfa, termasuk setup kamera, susunan produk kosmetik, serta pencahayaan yang optimum untuk menonjolkan tekstur dan warna solekan. Antara beberapa peralatan yang digunakan oleh team ONSMO untuk menjadikan setup Dato' Alha Alfa menjadi setup yang berkualiti tinggi dan profesional di kaca skrin adalah:
- 1 unit CADOTHY AMAZE 5PRO
- 1 unit Onsmo 2 in 1 snap on high quality backdrop and backround kit
- 1 unit Onsmo Freeplay Wireless Mic


Kolaborasi ini bukan sahaja mencerminkan kepakaran teknikal Team ONSMO dalam bidang siaran langsung dan studio setup, malah turut membuktikan komitmen mereka dalam menyokong jenama tempatan untuk tampil lebih berkualiti dan profesional di platform digital.





