Baru-baru ini, Team Onsmo telah diberi kepercayaan untuk mengendalikan setup pencahayaan profesional bagi sesi live eksklusif Rissa Skin, yang menampilkan selebriti terkenal Fattah Amin dan Amira Othman ditemani oleh pelakon dan pelawak Bell Ngasri. Sesi ini diadakan dalam suasana yang santai namun profesional, bertempat di sebuah ruang kediaman yang diubah menjadi studio mini dengan sistem pencahayaan studio sepenuhnya dari Onsmo. 
Kami menggunakan beberapa unit softbox dan LED panel dari jenama Onsmo, yang terkenal dengan keupayaan pencahayaan yang stabil dan semula jadi, memastikan wajah selebriti kelihatan lebih menyerlah di skrin. Selain pencahayaan, susun atur kamera dan paparan skrin turut dioptimumkan bagi menghasilkan pengalaman tontonan yang menarik untuk para penonton live. antara peralatan yang digunakan oleh team Onsmo untuk mendapatkan setup pencahayaan yang berkualiti tinggi. Team Onsmo menggunakan:
- 1 unit CADOTHY AMAZE 5PRO
- 2 unit Onsmo GLB Max wireless mic
- 1 unit Onsmo Tricolor Fluorobox
- 1 unit Onsmo PARA 90
- 1 unit Pnsmo Porta 65

Dalam sesi ini, bukan sahaja produk Rissa Skin diperkenalkan dengan lebih dekat kepada para penonton, malah penonton juga berpeluang menyaksikan interaksi santai dan penuh informasi bersama Fattah dan Amira. Sokongan teknikal penuh dari pasukan kami memastikan kelancaran siaran dari awal hingga akhir.

Terima kasih kepada Team Rissa Skin atas kepercayaan ini. Kami di Onsmo sentiasa komited dalam membantu jenama tempatan menaikkan mutu penyampaian visual mereka, sama ada untuk sesi live, rakaman video, mahupun fotografi profesional.





