Baru-baru ini, Team Onsmo membuka booth pameran selama tiga hari di Penang Edutech Digital Education Carnival, memperkenalkan rangkaian lengkap peralatan pencahayaan profesional kepada para pengunjung. Sepanjang karnival ini, booth Onsmo menerima kunjungan ramai pelawat, termasuk wakil industri, pendidik, serta para pencipta kandungan yang ingin melihat sendiri teknologi pencahayaan terkini.
Sejak hari pertama, booth Onsmo menjadi tumpuan ramai pengunjung yang ingin melihat sendiri bagaimana teknologi pencahayaan moden dapat meningkatkan kualiti penghasilan kandungan digital. Team Onsmo turut memberikan penerangan secara langsung, termasuk tunjuk ajar penggunaan lampu, sistem rakaman mudah alih, serta demonstrasi setup studio ringkas yang sesuai untuk kelas digital, livestream, rakaman video atau penghasilan bahan pembelajaran.

Selain sesi penerangan, Team Onsmo juga mengadakan sesi live demonstration secara berterusan di booth. Pengunjung berpeluang melihat sendiri bagaimana lampu dan aksesori Onsmo digunakan dalam situasi sebenar, termasuk penggunaan green screen, teknik pencahayaan tiga titik, dan cara menetapkan suasana rakaman yang lebih profesional. Suasana di booth sentiasa meriah dengan perbincangan, soal jawab teknikal dan sesi mencuba produk secara hands-on, menjadikan pengalaman pelawat lebih interaktif dan bermanfaat. Terdapat beberapa barangan yang telah dibawa oleh Team Onsmo untuk pameran siaran langsung menggunakan green screen, antaranya ialah:
- 1 unit CADOTHY AMAZE 5pro
- 1 unit CADITHY IBIG 5s
- 2 unit ONSMO golive 360
- 1 unit Onsmo portable background stand large kid with high quality backdrop

Kehadiran tetamu daripada pelbagai latar belakang termasuk pihak industri serta wakil organisasi pendidikan turut memeriahkan lagi booth Onsmo. Ramai yang memberi maklum balas positif mengenai inovasi yang dibawa dan bagaimana teknologi pencahayaan ini boleh membantu memperkasa penyampaian pendidikan digital, selari dengan hala tuju sektor pendidikan masa kini.

Penyertaan Team Onsmo dalam Penang Edutech Digital Education Carnival bukan sahaja membuka peluang untuk memperkenalkan lebih banyak produk baharu, tetapi juga menjadi platform penting untuk membina hubungan bersama komuniti pendidikan dan kreatif di seluruh utara tanah air. Onsmo komited untuk terus menyokong perkembangan industri digital melalui peralatan yang berkualiti, mudah digunakan, dan mampu meningkatkan standard penghasilan kandungan untuk semua peringkat pengguna.





