Dalam pameran kali ini, Team Onsmo turut mempamerkan setup live profesional yang menggunakan teknologi Cadothy dan green screen, membolehkan para pengunjung melihat sendiri bagaimana latar belakang digital dapat dihasilkan secara real time. Dengan gabungan lampu studio berkuasa tinggi, sistem pencahayaan yang seimbang, serta peralatan rakaman terkini, demonstrasi ini menunjukkan bagaimana usahawan boleh menghasilkan siaran langsung yang lebih menarik, bersih dan berkualiti tinggi. Gabungan dua produk tersebut membolehkan mereka menukar latar belakang kepada apa sahaja produk, poster jenama, visual promosi atau suasana studio sebenar sekali gus memberikan fleksibiliti penuh kepada peniaga untuk tampil lebih profesional ketika membuat sesi live. Setup ini menjadi salah satu tarikan utama di booth Onsmo kerana ia memberi peluang kepada pengunjung untuk mencuba sendiri pengalaman live streaming yang lebih kreatif dan moden. Antara beberapa peralatan yang digunakan untuk bahagian pameran green screen ini adalah:
- 1 unit CADOTHY AMAZE 5PRO
- 1 unit CADOTHY IBIG 5S
- 2 unit Onsmo lantern box 55
- 1 unit Onms lumilite LED 230dx
- 1 unit Onsmo portable background stand large kit with high quality backdrop
Lebih menarik, Team Onsmo bukan sahaja menyediakan kemudahan teknikal tetapi juga memberi tunjuk ajar secara langsung kepada peniaga yang ingin mencuba sesi live mereka. Ramai usahawan memanfaatkan peluang ini untuk mempromosikan produk masing-masing terus kepada para pengikut mereka, sambil belajar teknik pencahayaan dan sudut kamera yang lebih profesional. Suasana studio mini ini sentiasa hidup dengan aktiviti rakaman, demonstrasi peralatan, dan sesi percubaan yang dikendalikan oleh kru Onsmo yang berpengalaman.Antara beberapa peralatan yang digunakan untuk 1 bahagian mini studio adalah:




Kehadiran Team Onsmo sebagai rakan strategik di EXPERT Expo Perda jelas menunjukkan bagaimana teknologi dan pemasaran digital boleh digabungkan untuk mengukuhkan ekosistem keusahawanan. Inisiatif Mini Live Studio ini bukan sahaja membantu peniaga meningkatkan jenama masing-masing, tetapi turut membuka mata ramai tentang kepentingan visual yang berkualiti dalam menarik perhatian pelanggan. Kesimpulannya, penglibatan Onsmo telah memberi impak positif dan menjadi antara komponen paling signifikan dalam expo tahun ini.

