Secara keseluruhannya, penyertaan Team Onsmo dalam acara KIDC & DER Award di Bukit Merah Laketown Resort ini memberikan satu pengalaman yang sangat bermakna, bukan sahaja kepada pihak Onsmo tetapi juga kepada para pengunjung yang hadir. Melalui pameran teknologi, sesi siaran langsung, demonstrasi peralatan serta pameran jualan barangan, Onsmo berjaya mendekatkan dunia kreatif dan teknologi kepada guru-guru, pelajar serta masyarakat umum. Diharapkan penglibatan ini dapat terus menggalakkan minat terhadap teknologi digital serta membuka lebih banyak peluang kerjasama pada masa akan datang. Team Onsmo semestinya berbesar hati untuk terus menyokong dan menyumbang kepada pembangunan pendidikan digital di Malaysia.
Baru-baru ini, Team Onsmo telah turut serta dalam sebuah acara berprestij yang berlangsung di Bukit Merah Laketown Resort, iaitu KIDC & DER Award. Event ini menghimpunkan pelbagai golongan daripada pihak sekolah serta syarikat-syarikat yang terlibat dalam bidang pendidikan, teknologi dan pembangunan robotik. Setiap peserta berpeluang mempamerkan inovasi, kreativiti dan hasil rekaan masing-masing, sekaligus menjadikan suasana acara begitu meriah dan penuh dengan aktiviti interaktif.
Team Onsmo tidak ketinggalan untuk membawa kelainan apabila turut membuka booth jualan dan pameran khas. Antara tarikan utama adalah sesi siaran langsung menggunakan green screen, yang memberi peluang kepada para pengunjung merasai sendiri pengalaman produksi live yang lebih profesional. Selain itu, Onsmo turut mengetengahkan peranti Siput (CADOTHY) yang mencuri perhatian ramai, terutama dalam kalangan pelajar sekolah yang hadir.
Terdapat ramai pengunjung daripada golongan guru-guru dan pelajar yang menunjukkan minat mendalam terhadap pameran yang dibawakan oleh Team Onsmo. Ramai antara mereka tertarik dengan kelainan yang dipamerkan, terutamanya demonstrasi siaran langsung menggunakan green screen serta kehadiran peranti CADOTHY. Para pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba sendiri peralatan-peralatan yang dipamerkan. Ada yang mencuba setup live streaming, ada yang ingin merasai pengalaman berada di hadapan green screen, dan tidak kurang juga yang teruja untuk menggunakan peranti Cadothy. Kesempatan ini bukan sahaja memberi pendedahan mengenai teknologi produksi moden, tetapi turut membantu guru-guru dan pelajar memahami bagaimana peralatan Onsmo dapat digunakan dalam pembelajaran serta aktiviti kreatif di sekolah.

Antara beberapa peralatan utama yang telah dibawa oleh Team Onsmo untuk menjayakan pameran siaran langsung menggunakan green screen di event ini adalah rangkaian lengkap set produksi yang biasa digunakan dalam sesi rakaman dan live streaming profesional yang basic. Antara peralatannya ialah:
- 1 unit Cadothy Ibig 5s
- 2 unit Onsmo Golive 360 Led Basic
- 1 unit camera Sony ZV-E10
- 1 unit Onsmo Backdrop Green Screen Muslin

Selain daripada pameran siaran langsung, Team Onsmo turut membuka ruang pameran jualan barangan Onsmo bagi memberi peluang kepada para pengunjung melihat sendiri rangkaian produk yang ditawarkan. Pada acara kali ini, Team Onsmo membawa beberapa jenis unit tripod yang sesuai untuk kegunaan rakaman harian, pembelajaran digital, mahupun produksi video berskala kecil. Turut dibawa ialah wireless mic yang menjadi pilihan ramai kerana kualiti audio yang jelas, mudah digunakan dan amat praktikal untuk sesi penggambaran, temubual serta rakaman di luar. Tidak ketinggalan, beberapa unit gimbal turut dipamerkan bagi mempamerkan keupayaan stabilisasi video yang lebih profesional. Para pengunjung berpeluang mencuba sendiri setiap peralatan, merasai perbezaan fungsi dan memahami bagaimana produk-produk ini dapat membantu meningkatkan mutu rakaman mereka. Pameran jualan ini bukan sahaja menarik perhatian guru-guru dan pelajar, malah ramai pengunjung lain yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang teknologi dan peralatan yang ditawarkan oleh Onsmo.







