Dalam dunia digital yang semakin berkembang, kandungan video berkualiti tinggi menjadi keperluan utama bagi pengusaha kandungan dalam talian. Baru-baru ini, Team Onsmo telah diberi tanggungjawab untuk menyediakan setup studio langsung bagi Zamira Dapur Kayu, sebuah jenama masakan terkenal yang semakin mendapat perhatian di platform digital.
Bagi memastikan kualiti rakaman dan live streaming yang optimum, Team Onsmo menggunakan sistem pencahayaan profesional termasuk softbox dan LED panel bagi memberikan pencahayaan yang sekata. Kamera berkualiti seperti sony ZVE-10 tinggi dipasang di sudut yang strategik untuk menangkap setiap pergerakan memasak dengan jelas dan menarik. Selain itu, mikrofon khas juga digunakan bagi memastikan audio yang jelas tanpa gangguan bunyi luar. Selain itu, Zamira Dapur Kayu juga memilih untuk menggunakan peranti yang 'laku keras' di Onsmo iaitu Cadothy Amaze 5Pro.
Bos Jay telah turun padang untuk setup sendiri studio buat Zamira dan sekaligus memberi tunjuk ajar tentang penggunaan kesemua item yang disetup. Secara jujurnya ini adalah pertama kali Team Onsmo setup studio live memasak dan beruntungnya Team Onsmo kerana dapat merasakan pengalaman yang baharu. Bukan itu sahaja, Team Zamira Dapur Kayu juga amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Team Onsmo.Bos Jay juga turut mengambil peluang ini untuk merasai bagaimana cara menghasilkan dodol. Ini adalah salah satu pengalaman yang amat berharga bagi Team Onsmo dan Bos Jay sendiri kerana sebekum ini tidak pernah merasakannya.
Semoga Team Onsmo dapat bekerjasama lagi dengan Team Zamira Dapur Kayu di masa akan datang. Jika anda memerlukan perkhidmatan setup studio live yang profesional, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami untuk konsultasi yang lebih lanjut.





