Onsmo, sebuah syarikat yang menyediakan lampu studio dan aksesori kamera berasa sangat bangga kerana telah dipilih oleh pelakon wanita Malaysia Neelofa, untuk membantu beliau naik taraf setup Tiktok Livenya. Neelofa juga merupakan seorang pengacara dan model wanita Malaysia dan beliau telah dinobatkan sebagai juara Dewi Remaja 2009/2010. Kini, Neelofa menjadi seorang jurucakap produk dan mempromosi tentang produk pakaiannya.

Setup Alatan studio dan Aksesori
Onsmo berasa bangga kerana dapat menjalankan setup Tiktok Live bagi Neelofa. Bagi memenuhi keperluan beliau, team Onsmo telah menyediakan lampu yang sesuai baginya iaitu lampu studio yang tidak berwarna-warni dan kecerahannya sederhana. Hal ini bertujuan untuk menyerlahkan kualiti produk beliau di dalam live. Antara alatan studio yang digunakan ialah Sony ZV-E10 Camera, Onsmo Lumilite 200DX, Onsmo Lumifold 120X, Onsmo BB260 Stand.


Bantuan Profesional
Team Onsmo telah memberikan bantuan sempurna kepada Neelofa terhadap setupnya untuk Tiktok Live Streaming. Team Onsmo pula bekerjasama dengan team Neefola agar keselesaan Neefola semasa membuat Tiktok Live tercapai dan kesempurnaan dalam setiap aspek teknikal juga tercapai. Hal ini termasuklah penerangan teknikal berkaitan alatan studio dan cara penggunaan Yololiv Instream. Neelofa telah memilih Onsmo kerana Onsmo menawarkan product yang lebih mesra pengguna. Oleh itu, ia lebih mudah untuk digunakan untuk pihak Neelofa meningkatkan kualiti Tiktok Live beliau kerana ia tak memerlukan masa yang lama untuk dipelajari oleh team beliau. Seterusnya ia akan memendekkan tempoh masa persediaan team beliau untuk memulakan Tiktok Live dengan kualiti grafik yang tinggi.

Jika anda berminat untuk mempunya setup studio live yang professional dan berpatutan, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami. Kami sedia untuk membantu anda.





