SETUP STUDIO LIVE BERSAMA ONSMO DI FAIZAH EXCLUSIVE
Faizah Exclusive telah datang ke kedai Onsmo di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Pihak Faizah Exclusive datang ke Onsmo untuk membeli set peralatan studio live yang akan digunakan di studio live mereka. Sebelum mereka datang ke kedai Onsmo, mereka menghubungi pihak Onsmo di Whatsapp untuk bertanyakan mengenai lampu studio live. Pihak Onsmo mencadangkan beberapa set lampu studio yang boleh digunakan oleh pihak Faizah Exclusive gunakan untuk studio live mereka. Pihak Onsmo dan pihak Faizah Exclusive berbincang mengenai lampu studio yang sesuai untuk digunakan dalam sesi live. Pihak Faizah Exclusive juga datang ke kedai Onsmo untuk melihat studio live Onsmo untuk mendapat gambaran kedudukan lampu studio yang sesuai diletakkan dalam studio live mereka. Pihak Faizah Exclusive meminta Boss Jay datang ke kedai mereka di Sungai Petani Kedah untuk setup studio live mereka. Boss Jay membantu pihak Faizah Exclusive setup lampu studio di bilik studio live Faizah Exclusive. Pihak Faizah Exclusive juga membeli barang studio yang telah dicadangkan oleh Boss Jay.


Boss Jay pergi pergi kedai Faizah Exclusive untuk bantu setup lampu studio di bilik studio live mereka. Boss Jay juga menerangkan cara untuk menggunakan lampu studio Onsmo dekat staf Faizah Exclusive HQ ketika melakukan setup untuk live di platform online. Boss Jay berjumpa dengan pemilik kepada Faizah Exclusive dan berbincang untuk meningkatkan kualiti gambar live. Pihak Faizah Exclusive juga menambahkan produk lampu studio Onsmo seperti Porta 120, Porta X-85 dan sebagainya untuk studio live mereka yang lain. Pihak Faizah Exclusive menjadi lebih yakin setelah mereka melihat sendiri kualiti produk Onsmo semasa mereka datang ke kedai Onsmo dan setelah Boss Jay membantu mereka setup lampu studio. Selain itu juga pihak Faizah Exclusive juga membeli mic dan Yololiv untuk digunakan ketika membuat live. Boss Jay tolong ajarkan staf Faizah Exclusive cara untuk menggunakan Yololiv ketika melakukan live. Pihak Faizah Exclusive berminat dengan Yololiv kerana ianya memudahkan untuk membuat live dan mereka melihat staf Onsmo menggunakan Yololiv ketika melakukan sesi live di Tiktok.






