EVENT TIKTOK COACHING DENGAN COACH CC DI KUALA LUMPUR
Boss Jay sertai event Tiktok Coaching oleh Coach CC di Double Tree by Hilton. Event ini disertai oleh peniaga dan host live mereka di Tiktok untuk belajar membuat live praktikal. Para peserta mempelajari cara untuk tarik perhatian pelanggan untuk membeli produk jualan ketika melakukan sesi jualan secara live. Event ini akan menerangkan taktik-taktik untuk capai target jualan. Boss Jay juga banyak mempelajari untuk meningkatkan hasil jualan dengan sesi live. Coach CC juga memberikan ceremah mengenai Tiktok LIve kepada para peserta. Coach CC juga memberikan penerangan mengenai cara untuk tingkatkan kualiti live dan tambahkan viewer untuk melihat live.

Onsmo juga membuka booth jualan untuk para peserta yang ingin membeli produk untuk digunakan semasa melakukan sesi live. Ramai peserta yang membeli mic dan lampu untuk digunakan ketika melakukan sesi live. Boss Jay juga menunjukkan demo menggunakan mic freeplay kepada para peserta yang ingin membelinya. Boss Jay menerima feedback daripada pengguna produk Onsmo yang baik ketika mereka menggunakan produk Onsmo. Mereka mengatakan produk Onsmo mencapai kualiti dan boleh menghasilkan live mereka menjadi lebih cantik. Para peserta juga berminat untuk membeli set lampu studio untuk diletakkan dalam studio live mereka. Boss Jay juga memberikan pendapat mengenai mereka yang ingin menggunakan lampu studio untuk diletakkan pada dalam bilik live mereka.

Selain itu juga, Onsmo juga membuka booth untuk sesi praktikal. Sesi praktikal ini akan digunakan untuk mempraktikkan cara mereka melakukan sesi live. Coach CC juga akan memberikan tips untuk menarik minat penonton untuk tengok live. Lampu studio untuk digunakan ketika melakukan sesi live praktikal ini ialah Onsmo Para 90, lantern dan lumipanel menjadi sumber pencahayaan ketika lakukan live. Penggunaan lampu yang sesuai menjadikan hasil live lebih menarik dan cantik. Selain mempraktikalkan mempromosikan produk, sesi ini juga mempraktikkan cara untuk host mengendalikan sesi live dengan lebih menarik. Sebagai contoh, cara host memeriahkan suasana ketika live dengan berinteraksi dengan penonton yang melihat live pada ketika itu. Berdasarkan gambar dibawah, team TIMI yang menjual beg brand Malaysia sedang mempromosikan produk mereka.






