Sebelum ini, pihak Onsmo telah setup live studio untuk Dato' Sri Siti Nurhaliza tetapi kali ini pihak Onsmo telah dijemput oleh Dato' Siti sendiri untuk datang setup dan ajarkan beliau cara menggunakan Cadothy atau bahasa mudahnya ialah 'Siput'. Kerjasama yang terjalin antara dua pihak ini dapat memperkayakan lagi portfolio Onsmo dan memperluaskan pemahaman akan dinamika produksi audiovisual dalam konteks digital yang semakin berkembang.
Pengunaan Alatan
Pihak Onsmo membawa peranti Cadothy IBig 5s yang menjadi trend sehingga banyak syarikat menggunakannya. Dato' Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dikenali sebagai Tokti juga tidak terlepas untuk menggunakannya kerana peranti ini banyak memberi manfaat kepada sesebuah perniagaan. Bagi memenuhi keperluan dan permintaan beliau, pihak Onsmo sendiri telah pergi ke studio Tokti untuk setup dan memberi tunjuk ajar kepada beliau tentang kaedah penggunaan peranti tersebut.

Kerjasama yang sinergik antara Team Onsmo dan Team Simplysiti dari perancangan awal hingga pelaksanaan menghadirkan kesempurnaan dalam setiap aspek teknikal dan keselesaan untuk Dato' Sri Siti Nurhaliza melakukan Tiktok Live Streaming. Hal ini termasuklah dari aspek penerangan teknikal berkenaan Cadothy IBig 5s, kaedah penggunaaanya, perkongsian tips dan sebagainya agar Dato' Sri Siti Nurhaliza dapat melakukan Live Streaming tersebut tanpa mengalami gangguan yang tidak diingini.

Semoga dengan kerjasama antara dua pihak ini dapat berterusan dan dapat memberi manfaat kepada seluruh para ahli perniagaan yang ingin atau sudahpun memulakan perniagaan atas talian. Jika anda memerlukan perkhidmatan setup studio live yang profesional, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami untuk konsultasi yang lebih lanjut.
Dato' Sri Siti Nurhaliza juga mengambil peluang ini untuk memiliki Onsmo SF180 AI Face Tracking Selfie Stick





