Siapa yang tidak kenal dengan influencer yang bernama Ahmad Iqbal. Nama ini sudah tidak asing lagi dalam era ini. Baru-baru ini pihak Onsmo telah dijemput oleh Ahmad Iqbal untuk datang setup di rumahnya bagi membolehkan beliau melakukan Live Streaming untuk menjual produk minyak wangi yang dimiliki oleh beliau iaitu IBA Perfume. Menjadi satu penghargaan bagi pihak Onsmo apabila syarikat amat dikenali oleh orang ramai terutama influencer yang terkenal.


Penggunaan Alatan dan Aksesori
Seperti yang kita boleh lihat, peranti Cadothy IBig 5s sudahbanyak digunakan oleh ahli perniagaan yang menjalankan aktiviti perniagaan atas talian tidak terlepas juga dengan Ahmad Iqbal. Untuk setup kali ini, pihak Onsmo telah membawa Cadothy IBig 5s dan aksesori yang lain seperti Green Screen dan Lighting Basic Fluorobox bagi melengkapkan dan memudahkan Ahmad Iqbal menggunakan peranti tersebut. Selain itu, pihak Onsmo juga telah menunjukkan kaedah menggunakan peranti tersebut kepada Ahmad Iqbal supaya tiada komplikasi yang akan wujud pada masa yang akan datang.

Semoga Ahmad Iqbal dan pihak Onsmo dapat berkolaborasi lagi pada masa yang akan datang kerana ianya akan menjadi satu penghargaan kepada pihak Onsmo. Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan setup studio live yang profesional, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami untuk konsultasi yang lebih lanjut.





