Tidak asing lagi bagi kita apabila mendengar nama 'Mydin Mall' kerana rata-rata orang sudah pun mengenali apakah itu mydin, siapakah pemiliknya dan lain-lain. Mydin juga tidak melepaskan diri untuk menceburi bidang perniagaan atas talian kerana mereka sedar betapa pentingnya untuk menjalankan aktiviti perniagaan secara live streaming. Baru-baru ini pihak Onsmo telah pergi ke negeri Selangor kerana pihak Onsmo telah dijemput oleh pihak Mydin untuk setup live studio mereka seperti yang anda lihat di blog ini.

Disini kami ingin kongsikan beberapa peralatan yang digunakan oleh Mydin Mall dalam setup studio live kali ini. Antaranya ialah Cadothy IBig 5s, Onsmo Chroma Green Screen with Stand Kit, Onsmo Lumipanel 200 dan Onsmo GoLive 360 Mobile Led Softbox Kit. Penggunaan peralatan ini sudah lengkap untuk menghasilkan satu studio live yang mempunyai pencahayaan dan kualiti visual yang sangat jelas dan cantik agar pembeli dapat melihat produk-produk dengan lebih jelas.


Sepanjang proses setup ini dijalankan, Team Onsmo akan menjelaskan dan memberi tunjuk ajar bagi setiap peralatan yang disediakan agar mereka mudah untuk memahami setiap fungsi dan tujuan penggunaan setiap produk tersebut terutamanya Cadothy IBig 5s. Hal ini kerana, alatan ini melibatkan penggunaan sistem yang memerlukan kepakaran pada bahagian setting.



Jika anda memerlukan perkhidmatan setup studio live yang profesional, jangan ragu-ragu untuk menghubungi kami untuk konsultasi yang lebih lanjut.





