Baru-baru ini, Sam Lim telah berkunjung ke Onsmo KL Hub di Kota Damansara untuk mendapatkan Cadothy Amaze 5 Pro, salah satu peralatan yang direka untuk membantu memudahkan proses dan pengurusan sesi TikTok Live. 

Dalam kunjungan tersebut, Bos Jay sendiri turun padang untuk membantu Sam Lim memilih equipment yang bersesuaian dengan keperluan live beliau. Sam Lim turut berpeluang mendapatkan penerangan dan pandangan secara terus mengenai peralatan yang sesuai digunakan bagi memastikan setup live lebih lengkap dan praktikal.

Selain urusan pembelian Cadothy Amaze 5 Pro, Sam Lim turut mengambil kesempatan untuk melawat sekitar Onsmo KL Hub dan melihat sendiri pelbagai peralatan serta kemudahan yang tersedia. Daripada lighting, audio hingga ke peralatan live streaming, beliau dapat melihat pilihan equipment yang boleh disesuaikan mengikut keperluan content dan sesi live. 


Kunjungan ini bukan sahaja menjadi urusan pembelian, tetapi juga satu peluang untuk mendapatkan cadangan dan panduan secara terus daripada team Onsmo. Terima kasih kepada Sam Lim atas kunjungan dan kepercayaan kepada Onsmo. Semoga alatan yang dipilih dapat membantu melancarkan dan meningkatkan kualiti sesi siaran langsung beliau pada masa akan datang. 





