Onsmo amat berbesar hati kerana diberi peluang untuk membuka booth di CelcomDigi SME Digital Workshop yang telah diadakan di The Light Hotel Penang. Program ini menghimpunkan para usahawan dan pemilik perniagaan untuk mendapatkan pendedahan serta informasi berkaitan pendigitalan dan penggunaan teknologi dalam mengembangkan perniagaan.

Kehadiran Onsmo di acara ini turut menjadi peluang untuk memperkenalkan rangkaian peralatan lighting, live streaming dan studio equipment yang sesuai untuk membantu usahawan menghasilkan kandungan serta menjalankan aktiviti pemasaran secara lebih profesional.
Sepanjang acara berlangsung, pengunjung berpeluang singgah ke booth Onsmo untuk melihat dengan lebih dekat peralatan yang dipamerkan serta mendapatkan penerangan daripada team Onsmo mengenai penggunaan dan kesesuaian equipment mengikut keperluan masing-masing. 

Onsmo mengucapkan terima kasih kepada pihak CelcomDigi atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada Onsmo untuk menjadi sebahagian daripada program ini. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan membuka lebih banyak peluang untuk Onsmo bersama komuniti usahawan serta industri kreatif. 






