Pada Ahad, 26 Julai 2026, Onsmo berpeluang menjadi penaja peralatan lampu untuk projek Human Interest di bawah anjuran Kelab Kamera Kedah (KKK) yang bertempat di Lata Pakndak Hadi, Baling, Kedah.
Bagi menjayakan sesi penggambaran ini, Team Onsmo menyediakan beberapa peralatan pencahayaan seperti Onsmo Lumilite 150MX RGB, Onsmo Lumilite 230DX, Parabolic Softbox 90cm serta BB260 Pro Light Stand bagi membantu pasukan produksi mendapatkan pencahayaan yang lebih berkualiti mengikut konsep dan suasana lokasi.

Memandangkan penggambaran dilakukan di kawasan sungai dan hutan yang jauh daripada sumber elektrik, penggunaan big power station turut disediakan bagi memastikan peralatan lighting dapat berfungsi dengan lancar sepanjang sesi shooting.
Projek ini melibatkan tiga lokasi utama iaitu sungai bahagian atas, sungai bahagian bawah dan kawasan tengah hutan, yang memberikan cabaran pencahayaan berbeza serta peluang untuk menghasilkan visual yang lebih kreatif dan menarik.


Onsmo sentiasa menyokong komuniti kreatif tempatan dengan menyediakan peralatan lighting yang sesuai untuk pelbagai jenis produksi, sama ada di studio mahupun penggambaran luar lokasi.





