Team Onsmo berpeluang menyediakan perkhidmatan 360 Photobooth Spin Platform dan Instant Print Photobooth untuk Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Timur Laut sempena Majlis Apresiasi Perkhidmatan Cemerlang.

Bagi memeriahkan majlis tersebut, penyediaan photobooth ini memberikan peluang kepada para tetamu dan warga kerja untuk mengabadikan kenangan melalui pengalaman fotografi yang lebih menarik dan interaktif. Dengan gabungan teknologi 360 Photobooth Spin Platform serta Instant Print Photobooth, setiap momen dapat dirakam dalam bentuk yang lebih kreatif dan menjadi kenangan istimewa sepanjang acara berlangsung. 

Team Onsmo sentiasa komited dalam menyediakan penyelesaian photobooth yang sesuai untuk pelbagai jenis acara seperti majlis korporat, pelancaran produk, sambutan khas dan program rasmi. Melalui peralatan yang berkualiti serta sokongan pasukan yang berpengalaman, kami memastikan setiap sesi photobooth dapat berjalan dengan lancar dan memberikan pengalaman yang menyeronokkan kepada para tetamu.





