Pada 21–22 November 2025, Onsmo berpeluang menyertai Mental Fitness Sports Conference (MFSC) 2025 yang berlangsung di Bayview Hotel, Georgetown. Acara ini menghimpunkan para profesional, atlet, pendidik dan komuniti yang komited terhadap pembangunan kecergasan mental dalam dunia sukan.
Di majlis perasmian yang penuh meriah, para tetamu kehormat turut bersama-sama menyaksikan pelancaran rasmi konferens ini, sekaligus menandakan permulaan program yang padat dengan aktiviti, seminar dan pameran.

Onsmo Membuka Booth Pameran
Sebagai penyedia peralatan pencahayaan profesional, Onsmo membuka booth khas yang mempamerkan rangkaian produk seperti:
1. Peranti all-in-one LIVE Cadothy Amaze 5 Pro
2. Onsmo GoLive 360 LED Basic
3. Touch Screen Panel untuk Cadothy

Setiap peralatan dipamerkan bersama demonstrasi langsung, membolehkan para peserta melihat sendiri keupayaan pencahayaan dan teknologi yang ditawarkan Onsmo dalam penghasilan kandungan yang lebih profesional dan berkualiti tinggi.


Perkhidmatan 360 Photobooth untuk Semua Peserta
Selain booth pameran, Onsmo turut menyediakan perkhidmatan 360 Photobooth untuk semua tetamu MFSC 2025. Ruang ini menjadi antara tarikan utama apabila para peserta tidak melepaskan peluang merakam kenangan unik, lengkap dengan pencahayaan profesional Onsmo.

Suasana ceria dan interaktif di photobooth ini membantu memeriahkan lagi acara, memberikan pengalaman tambahan yang menyeronokkan kepada pengunjung.
Penyertaan Onsmo di MFSC 2025 adalah sebahagian usaha kami untuk menyokong acara nasional yang mempromosikan kesedaran kesihatan mental, berhubung dengan komuniti industri, serta memperkenalkan penyelesaian pencahayaan profesional kepada orang ramai.
Terima kasih kepada penganjur dan semua yang mengunjungi booth Onsmo. Jumpa lagi di acara seterusnya!





