Baru-baru ini, Team Onsmo berkesempatan membuka booth di Majlis Pelaksanaan AI-Powered Classroom Peringkat Negeri Pulau Pinang yang berlangsung di SMK Batu Maung, Pulau Pinang.
Dalam program ini, Team Onsmo memperkenalkan pelbagai peralatan dan solusi teknologi yang sesuai untuk menyokong keperluan pengajaran, pembelajaran digital serta penghasilan kandungan. Kehadiran di booth turut memberi peluang kepada Team Onsmo untuk berinteraksi secara langsung bersama para guru, warga pendidikan dan pengunjung yang hadir.
Seiring dengan perkembangan teknologi dalam sektor pendidikan, penggunaan peralatan yang sesuai dapat membantu mewujudkan pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif, kreatif dan menarik. Team Onsmo sentiasa komited dalam menyediakan solusi teknologi dan peralatan yang dapat memenuhi keperluan pengguna daripada pelbagai bidang.


Terima kasih kepada pihak penganjur atas peluang dan kepercayaan untuk Team Onsmo menjadi sebahagian daripada program ini.





