Team Onsmo turut terlibat dalam TikTok Shop Event di Batu Kawan dengan mengendalikan sesi TikTok Shop Live sepanjang program berlangsung.
Untuk sesi live ini, Team Onsmo menggunakan Onsmo Live Station (OLS) sebagai sistem utama, bersama kamera Sony ZV-E10 dan lighting daripada Onsmo sendiri. Setup ini bukan sahaja digunakan untuk memastikan sesi siaran berjalan dengan lancar, malah turut menjadi demonstrasi secara langsung kepada pengunjung tentang sistem dan peralatan yang digunakan oleh Team Onsmo untuk menghasilkan setup live yang lengkap.
Melalui sesi ini, pengunjung berpeluang melihat sendiri bagaimana OLS, kamera Sony ZVE10 dan lighting set boleh digabungkan dalam satu setup bagi menyokong keperluan live streaming dan TikTok Shop Live. 
Penyertaan ini juga memberi peluang kepada Team Onsmo untuk memperkenalkan solusi live streaming secara lebih dekat kepada pengunjung serta menunjukkan kemampuan sistem yang digunakan dalam situasi sebenar. 






