Baru-baru ini, pasukan Onsmo telah berkunjung ke kediaman Dato’ Alif Syukri bagi membantu menyelesaikan masalah sambungan WiFi yang sering mengganggu sesi live streaming beliau.
Sebelum ini, sambungan internet yang lemah menyebabkan live mengalami masalah buffering, lag dan kadangkala terputus ketika siaran sedang berlangsung. Bagi mengenal pasti punca sebenar, Team Onsmo telah menjalankan ujian kelajuan internet serta membuat perbandingan prestasi WiFi sebelum dan selepas pemasangan sistem baharu.
Hasil ujian menunjukkan peningkatan yang ketara selepas penukaran kepada setup WiFi baharu. Dengan sambungan yang lebih stabil dan pantas, sesi live streaming di dalam bilik Dato’ kini dapat dijalankan dengan lebih lancar tanpa masalah lag atau gangguan sambungan. 
Melalui perbandingan keputusan speed test sebelum dan selepas, jelas dapat dilihat bagaimana rangkaian yang lebih baik mampu memberikan pengalaman live yang lebih konsisten dan profesional. 

Sebagai tanda penghargaan, Team Onsmo turut menghadiahkan SF190AI Tripod, selfie stick terbaru daripada Onsmo, kepada Dato’ Alif Syukri untuk kegunaan penghasilan content dan live streaming harian beliau. 
Terima kasih kepada Dato’ Alif Syukri atas kepercayaan yang diberikan kepada Onsmo. Kami sentiasa komited dalam membantu para usahawan, content creator dan live streamer mendapatkan solusi yang lebih baik untuk menghasilkan kandungan berkualiti tinggi.





