Baru - baru ini telah berlangsungnya satu seminar dari Adsia : Mastering Tiktok For Business bersama coach Aziz MK. Seminar ini berlangsung selama dua hari yang bertempat di Bangi Avenue Convention Centre (BACC) sehingga tersenarai dalam The Malaysia Books Of Records (Largest Participation In Simultaneous Tiktok Live Broadcasting) kerana telah berjaya menarik minat lebih dari 1000 penyertaan dari pelbagai latar belakang. 


Onsmo turut berpeluang menyertai seminar ini, selain untuk mendapatkan input baru seminar ini juga menyediakan pelbagai intipati yang menarik. Pada seminar ini segala persoalan yang ada dalam benak peserta telah terjawab. Mereka diberi peluang dan kelonggaran untuk mengajukan pelbagai persoalan kepada coach Aziz dan coach-coach yang terlibat. Semangat jitu yang ada dalam diri peserta membuatkan mereka lebih yakin diri dan bersiap sedia untuk menghadapi pelbagai kemungkinan seperti pasang surut sesuatu perniagaan dalam platform digital. Bagi peserta yang baru memulakan langkah berniaga dalam Tiktokshop, seminar ini menjadikan mereka lebih cenderung untuk meraih kejayaan seperti insan lain dengan menggandakan lagi usaha. Pelbagai topik dan strategi telah dikongsikan yang mana tidak hanya tertumpu kepada Tiktokshop malahan juga paltform-platform digital lain.



Onsmo tidak melepaskan peluang keemasan ini dengan membuka booth untuk memperkenalkan pelbagai alatan barangan digital canggih pada masa kini. Team Onsmo menerangkan satu persatu cara penggunaan setiap peralatan seperti kamera, microphone, tripod, lampu, dan pelbagai lagi. Item - item yang diperkenalkan adalah bertujuan untuk membantu peserta bagi mencantikkan lagi bentuk persembahan. Elemen penggunaan lampu turut memainkan peranan penting dalam menghasilkan sesebuah persembahan kreatif, inovatif bagi menarik minat lebih ramai pelanggan untuk tertumpu kepada produk yang diiklankan dan seterusnya membuka ruang untuk meningkatkan pendapatan. Bagi Onsmo kepuasan pelanggan adalah suatu keutamaan. Pada kali ini para peserta boleh melihat sendiri cara team Onsmo bersiaran langsung sambil mempromosikan barang.


Berharap seminar ini dapat memberi input positif kepada semua peserta dalam membina sebuah idea yang pelbagai dalam mengharungi perniagaan digital kompetitif.





