Pada tarikh 26 November 2024, Onsmo telah dihadiri oleh para pelajar dan pensyarah dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UNITAR). Program Creative Insight Exploring Trends, Processes and Career in Digital Content ini bertujuan membuka ruang baru kepada pelajar bahawa Tiktokshop atau platform media sosial juga boleh dijadikan sebagai satu medium untuk meraih kejayaan.


Selain itu, pihak Onsmo juga turut berkongsi tentang peralatan yang perlu digunakan untuk membuat Tiktok Live serta beberapa elemen yang perlu dipatuhi ketika bersiaran. Program ini juga menjadikan pelajar lebih peka terhadap era perubahan kemodenan dalam dunia digital dari semasa ke semasa.



Istimewanya program kali ini Onsmo menjemput tetamu khas iaitu Vicky Liltle Wolf yang merupakan seorang Tiktokshop Creator of The Year Nominee. Melalui program ini beliau telah berkongsi pelbagai input positif berkaitan dengan penggunaan tiktok dan memberikan galakkan serta tunjuk ajar yang mampan. Pelajar juga diberi peluang untuk membuat live dengan menggunakan peralatan yang telah disediakan dan boleh mengajukan sebarang soalan kepada team Onsmo. Program ini membuatkan pelajar lebih yakin untuk berinteraksi dengan orang ramai samada ketika bersiaran mahupun secara berhadapan. Peluang keemasan yang ada depan mata telah membuatkan pelajar lebih teruja untuk meneroka sendiri segala peralatan baru.



Semoga program kali ini memberi banyak ilmu yang bermanfaat kepada para pelajar untuk menceburi bidang perusahaan dalam talian secara berpanjangan. Sesiapa sahaja layak untuk mendalami ilmu digital dan penyiaran kerana ianya merupakan sesuatu yang bagus untuk diteroka pada zaman sekarang.





