EVENT ONSMO DAN FUJIFILM BERSAMA MACKIDD BILL DI KOLEJ TUNKU ABDUL RAHMAN
Onsmo dan Fujifilm bersama Mackidd Bill melakukan event bersama pelajar bidang komunikasi massa di Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman pada 1 Disember 2023. Mackidd Bill memberikan penerangan mengenai fotografi kepada pelajar daripada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman. Para pelajar menggunakan kamera yang disediakan oleh pihak Fujifilm dan lampu studio daripada pihak Onsmo. Para pelajar diberikan penerangan mengenai cara penggunaan kamera fotografi dengan betul dan boleh menghasilkan gambar yang terbaik.

Mackidd Bill memberikan ceramah dan penerangan awal mengenai fotografi kepada pelajar daripada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman ( TAR Collage ) sebelum mereka melakukan aktiviti. Para pelajar mendapat tugasan untuk menghasilkan gambar selepas para pelajar mendengar penerangan daripada Mackidd Bill. Para pelajar menjalani dua sesi fotografi iaitu sesi dalam bangunan dan sesi luar bangunan. Pelajar juga akan mempraktikan ilmu yang mereka dapat dan menangkap gambar model yang telah dipilih. Model tesebut dijadikan sebagai subjek utama fotografi mereka. Lampu studio yang digunakan dalam sesi outdoor ialah Porta X105 daripada Onsmo. Sesi ini menggunakan lampu studio Porta X105 bagi mendapat hasil gambar yang baik. Lampu ini boleh digunakan untuk sesi outdoor.


Sesi indoor pula, lampu yang digunakan dalam bilik studio ini juga daripada jenama Onsmo. Selain itu juga bagi menambahkan efek lampu warna pada latar belakang model tersebut menggunakan lampu Lumitube RT2 RGB daripada Onsmo. Ianya memberikan kesan yang cantik pada hasil gambar.


Setiap para pelajar yang mengikuti event ini akan diberikan satu tugasan untuk menghasilkan gambar yang cantik dan gambar tersebut akan dipilih oleh Mackidd Bill bagi memilih pemenang. Pihak Onsmo akan memberikan hadiah bagi pemenang dan memberikan penghargaan kepada Mackidd Bill.






