Event kolaborasi Fuji dan Onsmo untuk event sesi talk sharing bersama Mackidd Bill Production
Pada hari ahad 3 Disember 2023, Syarikat Onsmo berkolaborasi dengan Fuji dan Mackidd Bill Production untuk event sesi perkongsian dan bengkel tangkap gambar secara potrait. Event ini dilakukan di Cafe Macallum Connoisseurs Company Penang. Event ini melibatkan seramai 14 orang peserta yang menyertai bengkel bersama Mackidd Bill Production. Event ini ada tiga sesi yang dilakukan oleh peserta ketika menjalani bengkel ini.

Selepas para perserta mengisi borang untuk meminjamkan kamera daripada pihak Fujifilm. Mackidd Bill menerangkan mengenai fotografi yang sesuai dengan tema yang ditetapkan. Mackidd Bill menerangkan mengenai cara untuk mengambil gambar model yang sedang duduk. Para peserta akan mempraktikkan apa yang telah diajarkan oleh Mackidd Bill.

Seterusnya untuk sesi kedua pula, para peserta mendengar penerangan daripada Mackidd Bill untuk mengambil gambar bagi produk makanan. Mackidd Bill menerangkan pelbagai tenik tangkap gambar yang menghasilkan gambar yang menarik.
Di samping itu juga, pada sesi ketiga para peserta akan menangkap gambar model untuk kad foto. Para peserta terus mempraktikkan tangkap gambar selepas mendengar penerangan daripada Mackidd Bill.







