Mohamad Norhafizan atau juga lebih di kenali dengan panggilan Boss Ijan merupakan seorang usahawan muda yang menjalankan satu perniagaan perabot jati terkenal di Malaysia. Kepelbagaian reka bentuk perabot jati syarikat tersebut dapat dilihat melalui kepelbagaian jenis produk seperti katil, almari, meja, kerusi dan sebagainya. Dengan tagline "SOLD!" yang kerap digunakan, beliau berjaya menambat hati para pelanggan dan peminat di seluruh platform sosial media. Onsmo dijemput oleh pemilik syarikat perabot jati tersebut untuk membantu Team Boss Ijan menyediakan satu live space di pejabatnya.

Peralatan Studio untuk Boss Ijan
Seperti yang sedia maklum, Boss Ijan kebiasaannya melakukan live streaming yang tidak hanya berada di satu tempat seperti peniaga e-commerce yang lain. Kelainan ini menyebabkan beliau semakin dikenali ramai dan mendapat sambutan yang positif daripada warga sosial media terutamanya di Tiktok. Dalam hal ini, beliau tidaklah memerlukan peralatan studio yang terlalu banyak. Oleh itu, kami menyediakan setup dengan menggunakan peralatan seperti Lumifold LF60X, Yololive, Sony ZV-E10 sahaja. Meskipun hanya satu lampu sahaja yang digunakan, namun penggunaan lampu studio tersebut sudah cukup untuk menghasilkan satu live yang cantik dan tidak suram dari aspek pencahayaan.








