VVIP FUJIFILM MALAYSIA MELAWAT ONSMO DI PULAU PINANG
Onsmo berbesar hati menerima kunjungan daripada Encik Kensuke Aragane VVIP Fujiflm Malaysia ke Onsmo. Encik Kensuke Aragane datang ke kedai Onsmo kerana beliau ingin melihat studio live Onsmo. Pada hari itu semua staf dari Onsmo memakai baju melayu dan berbaju kurung. Setiap tahun pihak VVIP Fujifilm Malaysia akan melawat ke kedai Onsmo di Pulau Pinang. Encik Kensuke Aragane datang ke Onsmo untuk melihat produk Fujifilm dijual. Encik Kensuke Aragane datang ke kedai Onsmo untuk melihat pop up wall yang dikhaskan untuk display produk Fujfilm. Boss Jay menceritakan ramai pelanggan yang berminat dengan produk Fujifilm ketika melihat host review produk Fujifilm. Encik Kensuke Aragane mengambil video host sedang review produk Fujifilm ketika beliau melihat sesi live yang dilakukan pada waktu itu. .

Boss Jay menunjukkan peralatan studio live yang digunakan ketika melakukan sesi live. Boss Jay menunjukkan cara Yololiv digunakan ketika melakukan live. Host live Abang Man dan Kak Sha reviewkan produk Fujifilm sebagai contoh Instax Mini Evo, Instax Pal. Permintaan penonton dalam live juga menanyakan mengenai produk FujiFilm. Boss Jay juga menunjukkan jadual untuk sesi live dan content. Encik Kensuke Aragane amat kagum dengan jadual host yang akan lakukan live. Boss Jay menunjukkan effect-effect yang boleh digunakan ketika melakukan live dekat Encik Kensuke Aragane. Boss Jay juga menghadiahkan Onsmo Bobot kepada Encik Kensuke Aragane dari Onsmo. Boss Jay menunjukkan cara-cara untuk menggunakan Onsmo Bobot kepada Encik kensuke aragane Selain itu juga, Encik Kensuke Aragane telah mengatakan bahawa beliau berasa kagum dengan produk - produk Onsmo yang banyak dan berkualiti.


Setelah melawat ruang live Onsmo, Boss Jay membawa Encik Kensuke Aragane mengunjungi warehouse Onsmo. Encik Kensuke Aragane berjumpa dan beramah mesra dengan staff Onsmo dan melihat produk Fujifilm. Berdasarkan gambar dibawah, Encik Kensuke Aragane melihat stock produk-produk Fujifilm disusun di rak. Encik Kensuke Aragane melihat produk Fujifilm dipack untuk pelanggan Onsmo yang membeli produk Fujifilm. Encik Kensuke Aragane melihat staff Onsmo pada bahagian packer membuat pesanan order pelanggan Onsmo. Encik Kensuke Aragane mengatakan bahawa beliau pasti akan melawat Onsmo lagi pada tahun depan kerana beliau berasa seronok melawat ke kedai Onsmo kerana staff Onsmo yang mesra.






