Baru-baru ini, team Onsmo telah dijemput ke kediaman pasangan selebriti terkenal, Norman Hakim dan Memey Suhaiza bagi menyiapkan sebuah live studio eksklusif yang direka khas untuk kegunaan siaran langsung mereka. Dalam era digital masa kini, keperluan untuk mempunyai ruang siaran yang berkualiti tinggi semakin penting dan Onsmo berbesar hati menjadi pilihan mereka.
Team Onsmo hadir bersama kelengkapan lengkap termasuk sistem pencahayaan profesional dari Onsmo seperti Onsmo Lumitube RT-2 RGB Light Stick, Lumilite 230DX, Lumilite 40DX dan Lumilite 600DX bersama softbox 70x100 dan Para90 yang mampu menghasilkan pencahayaan lembut dan sekata. Pencahayaan yang tepat memainkan peranan penting dalam menaikkan seri visual dan memberikan suasana profesional ketika bersiaran secara langsung.
Studio ini turut dilengkapi dengan Cadothy, sebuah peranti pintar yang direka khusus untuk live streaming. Dengan fungsi automatik dan reka bentuk yang kompak, Cadothy membolehkan pengguna melakukan siaran langsung dengan lebih mudah dan efisien, tanpa memerlukan pengendalian teknikal yang rumit. Ia sangat sesuai untuk pengguna yang mengutamakan kelajuan, kestabilan dan kualiti visual dalam sesi live mereka.
Sepanjang proses pemasangan, Norman dan Memey sangat terlibat dan berbincang bersama team Onsmo mengenai susun atur peralatan dan pencahayaan terbaik mengikut keperluan mereka. Mereka berdua memberikan kerjasama yang sangat baik dan teliti dalam memastikan setiap perincian studio tersebut memenuhi piawaian yang diinginkan.
Selepas beberapa jam, ruang tersebut berjaya ditransformasi menjadi sebuah live studio moden dan lengkap, sedia digunakan untuk sesi siaran langsung yang lebih berkualiti dan konsisten. Team Onsmo amat berbangga dapat menyumbang kepakaran dalam membina ruang kreatif buat pasangan selebriti ini, dan kami yakin studio ini akan menjadi platform yang hebat untuk mereka terus berkongsi inspirasi bersama para pengikut mereka.





