Pasukan Onsmo berpeluang menyertai satu lagi inisiatif menarik bersama TikTok Shop yang berlangsung di MyTOWN Mall, Kuala Lumpur. Ruang booth yang moden dan eksklusif ini memberikan pengalaman berbelanja serta mencipta kandungan secara langsung kepada pengunjung dan peniaga TikTok yang hadir.
Yang paling membanggakan, peralatan pencahayaan Onsmo turut digunakan dalam booth ini termasuk softbox, tripod, dan stand dan dapat memberikan pencahayaan yang sekata, profesional, dan bersesuaian untuk rakaman TikTok Live dan sesi jualan langsung. Ini sekali gus membuktikan komitmen Onsmo dalam menyokong komuniti peniaga dalam talian serta pencipta kandungan digital.
Dengan penggunaan lighting Onsmo seperti softbox dan LED panel yang berkualiti tinggi, suasana dalam booth menjadi lebih profesional dan menarik perhatian pengunjung mall. Kualiti pencahayaan yang baik amat penting untuk mempersembahkan produk dengan lebih jelas dan menarik perhatian pembeli dalam talian.

Bukan itu sahaja, pasukan Onsmo berbangga dapat menyediakan lampu Onsmo Lumilite 230DX di booth TikTok Shop yang diadakan di MyTOWN. Lampu ini memberikan pencahayaan yang sempurna dan sekata, menjadikan rakaman lebih jelas dan profesional. Dengan rekaan kompak dan mudah diselaraskan, Lumilite 230DX adalah pilihan ideal untuk pencipta kandungan yang ingin meningkatkan kualiti siaran langsung mereka di platform e-dagang seperti TikTok.





