Baru-baru ini, team Onsmo telah dijemput ke kediaman usahawan terkenal, Bonda Rozita Ibrahim, bagi menyediakan setup lengkap untuk sesi live streaming beliau. Projek ini bukan sahaja melibatkan pemasangan peralatan teknikal, malah turut menjadi satu pengalaman berharga buat pasukan kami untuk bekerjasama dengan figura yang sangat berpengaruh dalam dunia keusahawanan dan kecantikan tempatan.


Dengan menggunakan produk pencahayaan dari Onsmo seperti softbox, LED panel, serta sistem kamera dan mikrofon yang sesuai, sesi live Bonda Rozita dapat dijalankan dengan lancar dan berkualiti tinggi. Suasana kediaman yang elegan dan eksklusif turut menambahkan nilai estetika dalam setiap sudut rakaman, terdapat beberapa barang yang telah dibeli dan dibawakan ke kediaman Bonda Rozita. Antaranya ialah:
- 1 unit Cadothy Amaze 5PRO (siput besar)
- 1 unit Onsmo limipanel pro1200
- 2 unit Onsmo Lumilite LED 230dx
- 1 unit Onsmo Lantern Softbox L-65 & L85
- 1 unit Onsmo 2 in 1 High quality backdrop and background kit
Setup ini direka khusus untuk memberi hasil visual dan audio yang optimum bagi sesi siaran langsung, selari dengan standard kualiti kandungan digital masa kini.


Di Onsmo, kami percaya bahawa pencahayaan adalah elemen terpenting dalam menghasilkan kandungan berkualiti tinggi sama ada untuk kegunaan siaran langsung, rakaman video, fotografi komersial, mahupun produksi kreatif, kami sentiasa komited untuk memberikan penyelesaian teknikal yang terbaik kepada pelanggan kami.


Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Bonda Rozita serta seluruh pasukannya atas kepercayaan, sokongan, dan peluang berharga yang telah diberikan kepada team Onsmo. Pengiktirafan dan keyakinan yang Bonda berikan ini amat kami hargai, dan ia menjadi satu penghormatan besar buat kami untuk dapat bekerjasama dengan figura serta pasukan yang begitu berdedikasi dan berwibawa.
Kerjasama ini bukan sekadar satu tugasan, tetapi satu pengalaman yang membuka ruang untuk kami belajar, berkembang, dan memperkukuh komitmen dalam menghasilkan yang terbaik. Semangat profesionalisme dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pihak Bonda menjadi inspirasi kepada kami untuk terus meningkatkan mutu kerja serta menyampaikan hasil yang lebih berkualiti.
Kami amat menghargai hubungan baik yang terjalin dan berharap agar kerjasama ini dapat diteruskan serta diperkukuh pada masa akan datang. Semoga setiap usaha bersama membawa manfaat dan kejayaan yang berpanjangan buat kedua-dua pihak.





