Pada 30 Jun 2026, Team Onsmo telah menerima satu penghormatan apabila dijemput untuk mengendalikan slot TikTok Shop Live di TikTok Shop Live Hub, The Campus, Ampang. Jemputan ini membuktikan komitmen Pasukan Onsmo dalam memanfaatkan platform digital untuk mendekati pelanggan dan memperkenalkan rangkaian produk Onsmo kepada lebih ramai pengguna di seluruh Malaysia.

Sepanjang sesi siaran langsung, Team Onsmo berkongsi pelbagai maklumat mengenai produk Onsmo, termasuk kelebihan, cara penggunaan, serta menjawab soalan daripada penonton secara langsung. Interaksi secara masa nyata ini membolehkan pelanggan mendapatkan penerangan yang lebih jelas sebelum membuat pembelian.
Sesi live berlangsung dalam suasana yang profesional dengan kemudahan peralatan studio moden yang disediakan oleh Onsmo sendiri. Pengalaman ini bukan sahaja membantu meningkatkan kualiti siaran, malah memberi peluang kepada Team Onsmo sendiri untuk menyampaikan informasi produk dengan lebih menarik dan berkesan.


Selain memperkenalkan produk, penonton turut menikmati pelbagai tawaran eksklusif sepanjang sesi live seperti promosi istimewa, diskaun dan hadiah menarik. Sambutan yang diterima daripada para penonton amat memberangsangkan dan menjadi motivasi untuk Team Onsmo terus aktif menghasilkan kandungan yang bermanfaat.

Lebih mengujakan, Team Onsmo turut berpeluang bertemu dan melihat beberapa personaliti terkenal yang turut berada di TikTok Shop Live Hub pada hari tersebut, antaranya Fauziah Gous, Richard Is Cooking, seorang influencer masakan yang terkenal dengan kandungan masakan Pantai Timur khususnya Terengganu, serta Founder The Raw. Kehadiran mereka menambahkan lagi kemeriahan suasana dan membuka ruang untuk Team Onsmo menimba inspirasi daripada para pencipta kandungan yang berjaya dalam ekosistem TikTok Shop. 


Terima kasih kepada semua pelanggan dan penyokong yang sentiasa bersama Team Onsmo. Nantikan lebih banyak sesi TikTok Live, promosi eksklusif dan perkongsian menarik daripada kami pada masa akan datang. Onsmo juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada TikTok Shop atas jemputan dan peluang yang diberikan. Kami berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan lagi kehadiran jenama Onsmo dalam dunia e-dagang.






