Team Onsmo telah menyertai acara berprestij TikTok Shop Summit MY 2025 yang berlangsung dengan penuh meriah dan sambutan luar biasa daripada para usahawan serta pemain industri e-dagang. Acara ini memperlihatkan pelbagai booth interaktif dan pameran teknologi terkini dalam bidang penstriman langsung dan jualan dalam talian.

Dalam sesi ini, Team Onsmo turut berpeluang bertemu dan berinteraksi dengan beberapa personaliti dan rakan strategik e-dagang terkemuka seperti Syedot ASMR, Pinn Yang serta pihak dari SiteGiant — platform e-dagang yang semakin kukuh di Malaysia.
Team Onsmo bersama Pinn Yang
Team Onsmo bersama Syedot
Boss Jay bersama Team SitegiantSalah satu highlight acara ini adalah kehadiran booth Store N Go yang menggunakan Siput, iaitu peranti all-in-one untuk penstriman langsung keluaran Onsmo, yang direka khas untuk membantu penjual TikTok Live melakukan sesi live dengan lebih mudah, profesional dan lancar. 

Penyertaan Onsmo dalam acara ini bukan sahaja memperkukuh hubungan dengan komuniti TikTok Shop, malah membuka peluang untuk memperkenalkan teknologi tempatan yang mampu memberi impak besar kepada dunia e-dagang dan kandungan digital di Malaysia.





