Baru-baru ini, Ramai para usahawan telah menghadiri program yang dianjurkan oleh Coach CC Academy and Consultancy bagi mempelajari lebih lanjut tentang dunia bisnes digital dan live selling. Dalam program tersebut, Boss Jay bersama team daripada Onsmo turut dijemput untuk membuka sebuah booth jualan khas. Booth ini memberi peluang kepada para peserta untuk mengenali dengan lebih dekat peralatan live streaming yang digunakan bagi menghasilkan siaran yang lebih profesional dan berkualiti.

Sepanjang program berlangsung, booth daripada Onsmo menerima sambutan yang sangat positif daripada para usahawan yang mengunjungi booth jualan tersebut. Ramai yang hadir untuk melihat dengan lebih dekat pelbagai peralatan live stream yang dipamerkan, serta mendapatkan penerangan tentang kegunaan setiap peralatan. Selain itu, team Onsmo turut berkongsi kepentingan pencahayaan, sistem siaran serta susun atur yang betul bagi membantu menghasilkan sesi live yang lebih eksklusif, kemas dan meyakinkan di platform digital seperti TikTok.

Antara produk yang menjadi tumpuan utama ialah peranti siaran all-in-one Cadothy bersama rangkaian softbox profesional yang membantu menghasilkan cahaya lembut dan sekata. Team Onsmo turut membuat demo ringkas bagi menunjukkan bagaimana peralatan ini mampu meningkatkan kualiti visual, menjadikan paparan lebih terang, jelas dan kelihatan premium di hadapan kamera.

Selain pameran produk, booth ini turut menawarkan pakej-pakej khas yang dirangka khusus untuk membantu usahawan meningkatkan jualan di TikTok. Setiap pakej disesuaikan mengikut keperluan, sama ada untuk beginner yang baru bermula atau seller yang ingin upgrade setup mereka ke tahap lebih profesional.

Di booth jualan ini mempunyai pelbagai peralatan live streaming daripada Onsmo bagi membantu para usahawan melihat sendiri setup live yang lebih profesional. Antara peralatan yang dipamerkan termasuk:
1) Cadothy iBig 5S
2) Cadothy Amaze 5 Pro
3) Sony ZV-E10
4) Onsmo Lumitube RT3
5) Onsmo Mini Maggrip
6) Onsmo SF-130 TravelBuddy
7) Onsmo Porta-X105
8) Onsmo Lumilite LED 230DX
9) Onsmo Lantern 65 Fluorobox

Selain membuka booth jualan, Boss Jay turut berpeluang bergambar bersama Coach CC sendiri daripada Coach CC Academy and Consultancy yang merupakan tenaga pengajar utama dalam program tersebut. Momen ini jelas memperlihatkan hubungan baik serta sokongan antara Coach CC dan Team Onsmo dalam membantu para usahawan meningkatkan kemahiran live selling mereka. Pertemuan ini bukan sekadar sesi fotografi, tetapi menjadi simbol kolaborasi antara kepakaran strategi jualan yang dikongsikan oleh Coach CC dan solusi peralatan live profesional yang dibawakan oleh Onsmo.

Secara keseluruhannya, pembukaan booth jualan ini membuktikan komitmen Onsmo dalam membantu komuniti usahawan berkembang dengan solusi siaran langsung yang lengkap dan praktikal. Dengan gabungan peralatan berkualiti, penerangan yang jelas serta pakej yang bersesuaian, para peserta program Coach CC kini lebih bersedia untuk menghasilkan live yang lebih eksklusif dan berimpak tinggi dalam dunia digital.





